Liverpool Berjaya Tundukkan Manchester United

liverpool berjaya tundukkan manchester united

 

Semalam telah berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara dua pasukan utama dunia, Liverpool dan Manchester United. Keputusannya, Liverpool berjaya menewaskan pasukan Manchester United dengan 2 jaringan tanpa sebarang bolos.

Pemain sensasi, Mohamed Salah ketika di temubual berkata, kemenangan tersebut disebabkan olehnya yang baru sahaja sembuh daripada kecederaan. Dia berkata kepada pemberita dengan nada berseloroh.


"Seperti yang anda dapat lihat saya telah pulih daripada kecederaan jadi kami menang perlawanan ini, saya sangat gembira buat pasukan sekarang," kata Salah kepada Sky Sports.

"Kami menikmati saat ini dan berharap menamatkan saingan seperti yang diinginkan."

"Saya menerima hantaran daripada Alisson, tiada pemain lain yang mampu melakukan hantaran sepertinya, tetapi saya sangat gembira dengan keputusan ini, adalah perkara yang paling penting."

 

Sumber: Astro Awani
 

ARTIKEL BERKAITAN