Little Miss Khan Kembali Ke Sosial Media Selepas Enam Bulan ‘Menghilang’

little miss khan kembali ke sosial media selepas enam bulan ‘menghilang’

Setelah enam bulan menghilangkan diri daripada media sosial, kini adik kepada pengacara terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kembali aktif di Instagram.

Ameera, 20, memuat naik tiga gambar baharu disertai dengan kata-kata semangat sebagai kapsyennya.

little miss khan kembali ke sosial media selepas enam bulan ‘menghilang’

Gambar-gambar yang dimuat naik menarik perhatian netizen lagi-lagi dengan kapsyen yang ditulis.

Kakaknya, Noor Nabila dan Neelofa meninggalkan komen kepada adik mereka.

little miss khan kembali ke sosial media selepas enam bulan ‘menghilang’

Neelofa mendedahkan pada Disember lalu bahawa Ameera memadamkan akaun Instagramnya selepas terkesan dengan komen-komen negatif netizen di Instagram.

Disebabkan tindakkannya sebelum ini menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk mempertahankan kakaknya, Neelofa menjadikan Ameera mangsa kecaman netizen berkali-kali.

Walaupun baru kembali aktif di Instagram pada Sabtu malam yang lalu, sehingga kini akaun Little Miss Khan telah berjaya mengumpul lebih 1 juta followers.

little miss khan kembali ke sosial media selepas enam bulan ‘menghilang’

Wow!

Sumber: Instagram Little Miss Khan