Sejak Usia Lima Tahun Lisa Blackpink Jalani Latihan Jadi ‘Superstar’

Sebut sahaja nama kumpulan Blackpink, sudah pasti ramai yang cukup mengenali kumpulan yang dibintangi empat wanita ini.

sejak usia lima tahun lisa blackpink jalani latihan jadi ‘superstar’

Salah seorang ahli kumpulan wanita paling berpengaruh itu iaitu Lalisa Manobal, atau lebih dikenali sebagai Lisa baru-baru ini telah berkingsi kisah masa kecilnya.

sejak usia lima tahun lisa blackpink jalani latihan jadi ‘superstar’

Menurut selebriti yang kini berusia 25 tahun itu, beliau sudah mula meminati bidang seni sejak dari usianya kecil lagi. Beliau yang lahir di Thailand berkata sangat cinta kepada bidang nyanyian dan juga tarian.

.

Lisa berkata lagi, ibunya adalah individu yang bertanggungjawab membentuk bakatnya sejak dari kecil. Katanya, dia sudah dihantar ke kelas tarian sejak dari usia lima tahun oleh ibunya sebagai usaha untuk membentuk Lisa menjadi seorang bintang terkenal.

.

Kehidupan Lisa berubah secara drastik apabila usianya 14 tahun dan menghadiri ujibakat untuk YG Entertainment di Thailand pada tahun 2010. Selepas terpilih daripada empat ribu peserta yang hadir, Lisa berpindah ke Korea Selatan seorang diri.

.

Kemudian Lisa digabungkan bersama anggota Blackpink lain dan mengakui sangat menyayangi kumpulan itu.

.

Sumber: [1]