Lisa Bakal Muncul Dengan ‘Rockstar’ Pada Jun Ini

Penyanyi dan ikon terkenal di seluruh dunia, Lisa (Lalisa Manobal) bakal kembali menemui peminat dengan single terbarunya, "Rockstar" pada hari Khamis, 27 Jun ini. 

Single baharu ini juga akan dikeluarkan secara global pada pukul 8 malam ET/5 petang PT.

lisa bakal muncul dengan ‘rockstar’ pada jun ini

"Rockstar" akan menjadi single pertama LISA yang dikeluarkan dibawah kerjasama baru dengan syarikat pengurusannya LLOUD Co. dan RCA Records. 

Dilancarkan pada awal tahun ini, LLOUD CO. diasaskan oleh LISA dalam usaha untuk mewujudkan platform bagi menampilkan visi keseluruhannya dalam muzik dan hiburan yang hebat. 

Sebelum ini Lisa telah menarik perhatian peminat dengan single baharu ini awal bulan di media sosial melalui pelancaran akaun TikToknya yang mencipta rekod dengan memperoleh 1 juta pengikut dalam masa 2 jam dan 18 minit.