Lelaki Hilang Pendengaran Akibat Lipas Masuk Telinga Masa Tidur di Hotel

Sebuah hotel di South Carolina dekat Amerika Syarikat berdepan dengan saman oleh seorang pengunjungnya kerana menjadi penyebab kepada hilang pendengaran.

lelaki hilang pendengaran akibat lipas masuk telinga masa tidur di hotel

Insiden itu katanya berpunca daripada lipas yang merayap dan masuk ke dalam telinga lelaki itu ketika sedang tidur di sebuah bilik dalam hotel berkenaan.

.

Ekoran kejadian yang berlaku pada Julai lalu, ia telah menyebabkan lelaki tersebut mengalami kesakitan dan hilang pendengara sehingga menjejaskan aktiviti hariannya termasuklah ketika di rumah mahupun di pejabat.

.

Saman yang dibuat keatas hotel tersebut melibatkan kebersihan yang teruk dan pampasan keatas kemalangan yang berlaku keatas lelaki itu hingga menjejaskan aktiviti hariannya.

.

“Lipas dikenali sebagai pembawa penyakit seperti salmonella, disentri dan gastroenteritis. Pendedahan kepada serangga perosak ini boleh menimbulkan risiko kesihatan yang ketara. Peningkatan ekzema dan asma juga dikaitkan dengan najis lipas.

“Lipas adalah serangga yang sangat sukar dihapuskan dan keupayaannya membiak dengan pantas menjadikan rawatan profesional penting untuk mengawal sebarang jangkitan penyakit,” ujar sebuah syarikat mengawal haiwan perosak terkemuka, Rentokil.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN