Lin Dan Umumkan Persaraan, Sebak Baca Ucapan Lee Chong Wei Dekat Instagram

lin dan umumkan persaraan, sebak baca ucapan lee chong wei dekat instagram

Persatuan Badminton China menyatakan bahawa jaguh badminton dunia telah menyerahkan surat persaraannya beberapa hari lalu.

Dengan itu, juara dunia lima kali tersebut telah mengumumkan persaraan daripada sukan badminton pada hari ini.

Beberapa agensi berita antarabangsa memaklumkan bahawa persaraan pemain 37 tahun itu selepas mengambil kira tahap kecergasan dan kesihatan beliau.

"Saya sudah berusia 37 tahun, dan tahap kecergasan fizikal dan kecederaan tidak lagi membolehkan saya bersaing bersama rakan sepasukan," katanya.

Sementara itu, pesaing terdekatnya Datuk Wira Lee Chong Wei telah menulis ucapan kepada Lin Dan melalui akaun Instagramnya.

“Kita tahu hari ini akan tiba, Momen berat dalam hidup kita, Anda melabuhkan tirai dengan bergaya, Anda adalah raja di mana kami lawan dengan penuh bangga, dalam tangisan air mata yang senyap”

 

 

Sumber: Astro Awani Sinar Harian