Lima Tahun Menghilang, Akhirnya Neo Muncul Kembali Dengan Tuannya

lima tahun menghilang, akhirnya neo muncul kembali dengan tuannya

Seekor kucing yang diberi nama Neo telah menghilang selama lima tahun. Namun, baru-baru ini kucing yang sudah berusia 13 tahun itu bertemu kembali dengan tuannya.

Menurut laporan Daily Star, Neo telah hilang sekitar September 2015. Tuannya yang dikenali sebagai Becky Lea yang berasal dari Lincoln itu telah menganggap haiwan peliharaannya itu telah mati.

Bagaimanapun, dia berasa amat gembira selepas dapat bertemu semula dengan Neo walaupun haiwan kesayangannya itu telah buta dipercayai dilanggar kenderaan.

Wanita itu turut bercerita bahawa dia berasa sangat apabila mengetahui Neo telah hilang dan mencarinya beberapa bulan.

"Setelah lima tahun kemudian, saya menerima panggilan tidak dijangka daripada Lincoln Cat Care Charity pada Rabu yang memberitahu bahawa Neo telah dijumpai di jalan St Andrews Street," katanya.

Wanita itu turut berkongsi sepanjang pencarian orang ramai ada menghbunginya dengan menyatakan bahawa mereka menemui Neo. Bagaimapaun, selepas dia pergi Neo hilang semula.

Siapa je yang tak sedihkan kalau haiwan kesayangan mereka hilang.

Sumber: Sinar Harian

 

ARTIKEL BERKAITAN