Liga Super Eropah Bikin Kecoh!

liga super eropah bikin kecoh!

Tengah bincang pasal Liga Super Eropah ke tu? Haa, ESL ni betul-betul jadi topik perbualan hangat peminat bola sepak seluruh dunia sekarang ni. Ada pihak yang bersetuju dengan penubuhan ESL ni dan ramai juga yang mengecamnya. Apa sebenarnya ESL ni? Kenapa penubuhannya penuh dengan kontroversi? 


liga super eropah bikin kecoh!


12 pasukan gergasi Eropah telah bersetuju untuk menubuhkan Liga Super Eropah dalam usaha menandingi saingan Liga Juara-Juara. 6 daripadanya merupakan kelab England iaitu Manchester City, Manchester United, Chelsea, Liverpool, Tottenham dan Arsenal. 6 lagi kelab yang terlibat ialah Real Madrid, Barcelona dan Atletico Madrid dari Sepanyol serta 3 kelab Itali, Juventus, Inter dan AC Milan.  


Antara sebab utama liga ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kualiti bola sepak Eropah secara menyeluruh iaitu beraksi dalam perlawanan yang berkompetitif tinggi setiap minggu. Kalau dihimpunkan semua kelab-kelab besar Eropah dalam satu liga, dah pasti perlawanan setiap minggu menarik kan?  


liga super eropah bikin kecoh!

Namun ada beberapa syarat yang dikenakan oleh 12 pasukan ini. Iaitu kesemua mereka dan 3 lagi pasukan yang akan sertai kemudian tidak akan tersingkir daripada ESL. Alasannya sebab mereka ni pengasas liga tersebut. Jadi, daripada 20 pasukan yang akan bersaing nanti, cuma 5 je yang boleh disingkirkan. Syarat itu mendapat respon yang negatif la daripada pasukan yang tak boleh nak sertai liga tu sebab sistem yang tak adil. 

liga super eropah bikin kecoh!


Penubuhan ESL menerima tentangan hebat daripada pelbagai pihak kerana dikatakan mengamalkan liga tertutup. UEFA dan FA beberapa negara Eropah berpendapat, ESL menafikan hak pasukan kecil untuk berdepan kelab besar dalam saingan Liga Juara-Juara. Betul juga kan? Kalau semua pasukan besar main ESL maknanya pasukan tak berapa besar akan main Liga Juara-Juara la. 

 

liga super eropah bikin kecoh!


UEFA dan FA setiap liga utama Eropah juga beri amaran kepada pasukan yang ingin sertai ESL bahawa mereka berdepan risiko disingkirkan daripada saingan domestik masing-masing jika meneruskan perancangan ini. Tidak cukup dengan itu, pemain yang beraksi dalam ESL juga mungkin tidak dibenarkan beraksi bersama pasukan kebangsaan masing-masing biarpun untuk kejohanan EURO dan Piala Dunia. Ini bermakna ada kemungkinan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tak dapat beraksi pada Piala Dunia 2022 di Qatar. 

 

liga super eropah bikin kecoh!
Ada juga pihak yang mendakwa 12 pasukan ini bersetuju menubuhkan ESL kerana ia mampu menjana pendapatan berlipat kali ganda buat mereka jika dibandingkan ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara. Pengulas Astro Arena, Haji Zainal Abidin Rawop bagaimanapun enggan melabel kesemua pasukan ini sebagai tamak. Beliau berpendapat sukan bola sepak adalah perniagaan untuk kelab tersebut dan penubuhan ESL mampu menarik minat penaja untuk menayangkan perlawanan tersebut di kaca tv disebabkan jumlah peminat setiap pasukan yang besar. 

liga super eropah bikin kecoh!
Beliau juga tidak tolak kemungkinan akan berlakunya perpecahan dalam kalangan penyokong kesemua kelab terlibat yang berada di Malaysia. Pasti ada segelintir yang menyokong pasukan mereka beraksi dalam saingan ESL manakala sekumpulan lagi yang mahu pasukan beraksi dalam liga domestik seperti kebiasaan. 

liga super eropah bikin kecoh!

Zainal Abidin Rawop turut akui tidak terkejut dengan penubuhan ESL. Ini kerana sekitar tahun 2008, pengurus Arsenal ketika itu, Arsene Wenger sudah menjangkakan perkara ini bakal berlaku. Siapa sangka ramalan Wenger yang juga digelar sebagai The Professor itu menjadi kenyataan dan sukan bola sepak berada dalam situasi seperti ini.  

liga super eropah bikin kecoh!

Pengulas berpengalaman itu berpendapat FIFA seharusnya memainkan peranan sebagai orang tengah dalam usaha menyelesaikan pertelingkahan antara UEFA dengan kelab-kelab ESL. Badan bola sepak dunia itu pastinya tidak mahu penganjuran Piala Dunia 2022 hambar tanpa nama-nama besar.  


Persoalannya sekarang, mampukah FIFA memainkan peranannya? Adakah UEFA bersama FA lain akan menghalang ESL daripada menjadi kenyataan? Adakah 12 kelab yang bersetuju ini tidak kisah sekiranya mereka disingkirkan daripada saingan liga domestik? Kita kena tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti. 


Eh, korang setuju ke tidak penubuhan ESL ni? Atau korang tak ambil ‘port’ pun sebenarnya?

 

Oleh: Karami Kamel