Liga Malaysia Kembali ‘Bernyawa’ Selepas Setahun

liga malaysia kembali ‘bernyawa’ selepas setahun

Selama setahun aksi Liga Malaysia berlangsung seakan-akan tanpa jiwa. Mana taknya, beraksi dalam keadaan stadium kosong bukan sesuatu yang diingini pemain bola sepak. Tapi semuanya itu akan berakhir. Liga-M akan kembali meriah selepas apabila menerima semula ‘jantung’ nya.

2 April 2021. Rasanya semua peminat bola sepak tempatan tidak akan melupakan tarikh keramat ini terutamanya penyokong JDT. Ini kerana penyokong kembali dibenarkan hadir semula ke stadium untuk menyaksikan perlawanan antara skuad Harimau Selatan itu dengan Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim.

liga malaysia kembali ‘bernyawa’ selepas setahun

Walaupun hanya 2 ribu penyokong sahaja dibenarkan masuk ke Stadium Sultan Ibrahim, namun itu sudah cukup melegakan peminat bola sepak tempatan. Setidaknya, sebahagian mereka sudah boleh memberi sokongan kepada pasukan mereka. 

Tapi kehadiran penyokong ke stadium kali ini tidak seperti dulu. Norma baru kan? Haa, jadi ada la SOP yang perlu dipatuhi. Antaranya pembelian tiket secara online, masuk stadium awal dan memakai pelitup muka pada setiap masa ketika berada dalam stadium.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan pula berharap dengan kehadiran semula penyokong ke stadium akan memeriahkan kembali kancah Liga-M. Beliau berpendapat pemain akan lebih bersemangat dan mampu pamer prestasi cemerlang apabila menerima sokongan daripada pemain ke-12 .

liga malaysia kembali ‘bernyawa’ selepas setahun

Namun, Datuk Ab Ghani mengingatkan penyokong agar patuhi SOP yang telah ditetapkan. Beliau tidak tolak kemungkinan kehadiran penyokong ke stadium ditarik balik jika terdapat laporan bahawa berlakunya pelanggaran SOP. Sebelum ini, MFL dan Kementerian Belia dan Sukan telah bekerja keras bagi mendapatkan kebenaran untuk membenarkan penyokong kembali ke stadium. Kita sebagai penyokong janganlah sia-siakan usaha mereka ni.

liga malaysia kembali ‘bernyawa’ selepas setahun Lagipun, pelaksanaan SOP ini juga bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Takkanlah sebab tengok bola, kita nak bahayakan nyawa kita dengan melanggar SOP. Tak berbaloi rasanya.

liga malaysia kembali ‘bernyawa’ selepas setahun

Jadi kepada penyokong yang akan hadir ke Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini diharap dapat beri sokongan kepada pasukan anda sambil mematuhi SOP. Oh ya, selain aksi JDT-Melaka United FC ni, perlawanan antara Kuala Lumpur City FC dengan Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur juga dibenarkan kemasukan penyokong. Untung laa penyokong mereka ni kan?

 

Oleh: Karami Kamel