Jika Meletus, Gunung Berapi Di AS Ini Punya Kekuatan 1,000 Kali Bom Atom!

Sebuah gunung berapi aktif di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat (AS) dikatakan mempunyai kekuatan sehingga 1,000 kali bom atom yang pernah diletupkan di Hiroshima, sekiranya ia meletus.

jika meletus, gunung berapi di as ini punya kekuatan 1,000 kali bom atom!

Menurut sekumpulan pakar, gunung berapi itu dibimbangi memberi ancaman malapetaka yang sangat dahsyat kepada manusia seandainya ia meletus memandangkan ia masih aktif.

 

Ia juga diramalkan mampu menghasilkan zon kemusnahan sebanyak 10 juta kali lebih buruk daripada kejadian serangan 9/11.

jika meletus, gunung berapi di as ini punya kekuatan 1,000 kali bom atom!

Pakar juga bimbang letusan dari gunung berapi itu boleh menyebabkan berlakunya kemusnahan alam dalam sejarah peradaban moden manusia.

 

Malah, abu yang dilepaskan dari gunung berapi itu mampu melitupi sebahagian besar AS dan letusannya sahaja boleh meratakan tujuh buah negeri di negara berkenaan.

jika meletus, gunung berapi di as ini punya kekuatan 1,000 kali bom atom!

Lebih menakutkan, taufan abu gunung berapi yang mempunyai suhu sehingga 400 darjah Celcius itu pula diramal boleh merebak dalam kelajuan beratus-ratus kilometer sejam yang akan membunuh apa-apa sahaja yang berada pada laluannya. Taufan ini boleh sampai ke benua Eropah dalam masa 72 jam dan mengakitbatkan hujan toksik yang mencemarkan air serta membunuh tanaman di seluruh dunia.

 

Disebabkan itu, saintis kini menggunakan satelit dan beberapa teknologi lain bagi memantau pergerakan tanah dan aktiviti gunung berapi tersebut.

 

Yellowstone dilaporkan pernah meletus sebanyak tiga kali sebelum ini iaitu pada 2.08, 1.3 dan 0.631 juta tahun yang lalu. Secara anggaran, letusan yang berlaku mengambil masa purata 725,000 tahun, dan ia bermaksud letusan seterusnya mungkin berlaku pada 100,000 tahun akan datang. Bagaimanapun, ia hanyalah sekadar kira-kira dan bergantung sepenuhnya kepada aktiviti gunung berapi tersebut.

jika meletus, gunung berapi di as ini punya kekuatan 1,000 kali bom atom!

Sumber: [1], [2]