Letas Ais Belakang Leher Boleh Rawat Migrain? “Macam Tak Percaya Betul Jadi..”

Sakit kepala, leher dan belakang bahu mungkin biasa terjadi kepada kebanyakkan individu. Biasanya ia terjadi disebabkan tersalah posisi ketika tidur waktu malam.

letas ais belakang leher boleh rawat migrain? “macam tak percaya betul jadi..”

Ada banyak cara yang biasa digunakan untuk melegakan sakit otot pada bahagian ini. Tetapi, siapa sangka ada satu cara yang mudah dan berkesan iaitu dengan menggunakan ketulan ais.

 

Menerusi media sosial Norazri Medzlan, caranya adalah dengan meletakkan ais batu pada tengkuk selama kira-kira 10 minit dan cara ini adalah tips daripada orang tua dahulu.

letas ais belakang leher boleh rawat migrain? “macam tak percaya betul jadi..”

“Tips orang tua dahulu.

“Dua kali dah cuba, pertama sakit tengkuk sebab salah bantal, hari ini sakit kepala sebab migrain.

“Letak ais batu dalam 10 minit kat tengah-tengah tengkuk, hilang terus sakit kepala ni. Macam tak caya pulak.

“Sebelum ni baca je orang share, hari ni cuba pulak. Betullah hilang dah sakit kepala,” tulisnya yang dikongsikan semula pengguna Twitter.

letas ais belakang leher boleh rawat migrain? “macam tak percaya betul jadi..”

Kaedah itu nyata menarik perhatian ramai warganet yang pernah mencuba cara tersebut. Rata-rata mereka bersetuju cara disebut itu berkesan untuk meredakan migrain dan juga sakit pada tengkuk.

 

Tambah lagi, ada beberapa pengguna lain turut berkongsi teknik lain untuk merawat kesakitan seumpamanya.

 

“Pernah mandi ais masa badan lemah tak bermaya campur dengan limau nipis. Segar betul rasa lepas tu.”

“Salah satu cara lain ialah rendamkan kaki dengan air suam,” ujar beberapa pengguna.

 

Dalam pada itu, jika anda masih mengalami kesakitan teruk berterusan pada kepala, leher dan belakang badan, sila dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor di hospital atau klinik berdekatan.

 

Sumber: Astro Gempak