Lepas Baca Kelebihan Ni, Confirm Korang Tak Akan Asingkan Taugeh Lagi

lepas baca kelebihan ni, confirm korang tak akan asingkan taugeh lagi

Taugeh antara sayur yang kurang digemari ramai. Ada yang cakap taugeh berbau la, rasa pelik lah dan macam-macam lagi.

Tapi, korang tau tak taugeh ni ada banyak kebaikan tau. So, kami nak kongsi dengan korang apa kebaikan taugeh:

1. Sokong Tekanan Darah

Taugeh dilaporkan boleh membantu mencegah daripada tekanan darah tinggi yang juga dikenali sebagai hypertension. Ini kerana dalam taugeh ada blok protein yang dipanggil peptides. Ni bukan main-main tau dan terbukti dalam satu kajian.

2. Membantu sistem pencernaan

Taugeh antara sayur yang mengandungi fiber yang mana sangat bagus untuk sistem pencernaan. Taugeh bergerak dengan pantas dalam sistem pencernaan dan mengutip serta membawa bahan terbuang bersamanya.

3. Kesihatan mata

Ada masalah penglihatan? Makan lah taugeh sebab sayur ini mengangundi antioksidan yang tinggi di mana ia membantu melindungi anda daripada masalah mata termasuklah AMD. AMD ni sejenis masalah penglihatan yang berlaku selepas umu 55 tahun. So kalau tak nak ada AMD makan lah taugeh.

Sumber: WEBMD