Lembah Klang Tergolong Dalam Fasa 2 Mulai Hari Ini

Bermula hari ini, kawasan Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih daripada fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada Fasa 2.

lembah klang tergolong dalam fasa 2 mulai hari ini

Bawah Fasa 2 PPN, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri lain yang turut tergolong dalam Fasa 2 seperti mana yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang dimaksudkan termasuklah kebenaran merentas daerah bagi individu, kebenaran merentas negeri untuk pasangan suami isteri jarak jauh, kebenaran merentas negeri untuk ibu bapa berjumpa anak di bawah 18 tahun dan aktiviti dine-in.

Dalam pada itu, aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama bagi penginapan di hotel dan homestay.

Namun, kesemua kelonggaran yang dinyatakan hanya untuk mereka yang telah lengkap dua dos sahaja.

Setakat ini, dua negeri yang masih berada bawah Fasa 1 PPN ialah Kedah dan Johor.

 

Sumber: [1]