Lembah Klang Alami Gangguan Bekalan Elektrik Besar-Besaran

Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang terputus pada ketika ini.

lembah klang alami gangguan bekalan elektrik besar-besaran

Memetik laporan Astro AWANI, antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Difahamkan bahawa bekalan elektrik dilapor terputus kira-kira jam 12.50 tengahari hari ini.

Menurut Astro AWANI, antara lokasi di negeri lain yang turut terjejas adalah Alor Setar dan Sungai Petani,  Kedah;Negeri Sembilan; Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan; dan Kuantan dan Pekan, Pahang.

Dalam pada itu, pasukan TNB kini sedang berusaha mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, jelasnya, usaha giat kini sedang dijalankan.

“Ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.”

 

Sumber: Astro AWANI, TNB

ARTIKEL BERKAITAN