Baru-baru ini, tular satu kisah yang mana seorang pemuda dibelenggu hutang mencecah RM1.2 juta hingga memaksa dia menjual rumah dan tinggal dalam kereta.
Ekoran itu, pempengaruh media sosial, Aisar Khaled terpanggil untuk membantu lelaki yang dikenali sebagai Ariff atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut.
Bagaimanapun, Ariff terpaksa menolak bantuan yang ingin dihulur Aisar kerana baginya masih ada ramai yang layak diberi bantuan berbanding dengan dirinya sendiri.
Menerusi video di Instagram, Aisar dilihat bertemu dengan Ariff dalam kereta yang menjadi rumahnya sejak dua tahun lalu untuk menberikan bantuan kewangan.
Malah, Aisar turut mendedahkan sebelum ini dia pernah juga menghubungai Ariff bagi menawarkan kediaman, namun tetap ditolak kerana dia berjanji dengan bapanya untuk melangsaikan hutang itu dengan usahanya sendiri.
Tambah Ariff, dia menjadi mangsa hutang itu selepas menerima tawaran untuk menjadi muka depan kepada satu syarikat pelaburan mata wang digital. Namun disebabkan kejatuhan mata wang digital, pihak syarikat tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan Ariff yang mengambil keputusan menggalas kesalahan itu sendiri.
“Paling penting dalam hidup ni susah cari duit. Saya taknak ada masalah dekat akhirat, cukup ada masalah di dunia.
“Saya bayar dengan aset saya, rumah saya dan dengan kereta saya ni saya bangun balik,” kata Ariff.
Ekoran itu, Aisar yang faham dengan kehendak Ariff kemudian memberikan wang sebanyak RM5,000 kepadanya sebagai balasan dia memberi servis kepada pengikut di media sosial.
Ujar Ariff lagi, dia kini mempunyai baki hutang sebanyak RM90,000 dan katanya mungkin akan selesai dibayar dalam tempoh masa terdekat.
Sumber: Instagram Aisar Khaled