Lelaki Takut Jarum Hingga Minta Digendong Isteri Ketika Vaksinasi

Gara-gara takutkan jarum, seorang lelaki dari Jawa Tengah, Indonesia meminta isterinya untuk menggendongnya sehinggakan menjadi tular di media sosial.

lelaki takut jarum hingga minta digendong isteri ketika vaksinasi

Menerusi hantar dalam satu grup di Facebook, video berdurasi 59 saat itu yang memaparkan aksi lucu lelaki bernama Waluyo itu berjaya mengumpulkan lebih 16 ribu jumlah ‘likes’ daripada para pengguna.

Walaupun dipujuk ramai orang, jeritan lelaki itu semakin kuat.

Bahkan, kedua-dua tangannya kelihatan merangkul isterinya sementara kakinya pula mengapit kaki isterinya seperti bayi yang digendong.

Aksi lucu itu sememangnya menyebabkan orang ramai yang berada di situ tidak dapat menahan tawa masing-masing.

Tetapi setelah diberi vaksin, lelaki itu melepaskan juga isterinya dan kembali normal.

“Secara kebetulan, saya merakam kejadian itu sendiri. Kerana selama beberapa hari dia (Waluyo) meminta saya untuk mendapatkan vaksin dalam bentuk pil, apa sahaja yang dia mahukan asalkan tidak disuntik,” kata Ketua Kampung Demak Ijo, Ery Karyanto.

Menurut Ery, kejadian tersebut berlaku pada Selasa baru-baru ini yang mana vaksinasi dilakukan secara besar-besaran di balai raya kampung tersebut.

“Waluyo adalah salah seorang penduduk kami yang takut disuntik. Ia berlaku semalam (28 September) jam 11 pagi semasa melakukan vaksinasi di balai desa,” katanya.

Tambah Ery, ketika dia mengambil bahagian dalam vaksinasi, Waluyo ditemani isterinya yang mana sebaik sahaja jarum kelihatan, dia mula memeluk isterinya dengan kuat.

“Jadi yang pertama memeluk adalah isterinya. Isterinya juga diberi vaksin tetapi tidak pula fobia,” lanjutnya.

“Saya takut jarumnya besar dan akan terkena tulang. Saya sangat takut, ternyata lengannya juga dilapisi plaster selama tiga hari dengan harapan dagingnya lembut sehingga tidak sakit,” sambung Ery yang juga merupakan jiran kepada Waluyo.

Tambahnya, Waluyo sebelum itu meragui untuk divaksinasi selama berhari-hari dan malahan, telah dipanggil lebih dari 10 kali.

Namun, di sebalik kejadian lucu itu, Ery mengatakan bahawa jawatankuasa kampung tersebut menghargai Waluyo yang akhirnya bersedia mengambil bahagian dalam vaksinasi.

“Kami menghargainya kerana dia ingin diberi vaksin walaupun ada ketakutan yang luar biasa. Hingga terjadinya saat lucu seperti semalam, pada prinsipnya kami sangat menghargainya,” kata Ery.

Sementara itu, Waluyo, ketika ditemu ramah media tempatan mengakui bahawa dia paling takutkan jarum kerana gerunkan kesakitan.

"Satu suntikan terasa seperti lima jarum. Saya sudah lama takut," kata Waluyo.

Apa-apa pun, salute dengan lelaki ini kerana akhirnya mengagahkan diri juga untuk disuntik vaksin!

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN