Seorang lelaki yang baru sahaja menimang cahaya mata lelaki telah bertindak tidak mahu menandatangani surat beranak anaknya sendiri selepas nama anak lelaki itu dinamakan dengan bekas pasangan isterinya.
Siapa je yang tak marah kan kalau pasangan tak boleh nak move on dengan bekas kekasih mereka. Tapi, nasib baiklah si lelaki ni berfikiran waras dan dia cuba sedaya upaya mengajak perempuan tersebut berbincang perkara berkenaan.
Bagaimanapun, perempuan tersebut tidak mahu bercakap perkara tersebut dengannya. Setiap kali nak ajak bercakap perkara berkenaan, perempuan tersebut akan berkata penat untuk berbincang perkara itu tak pun memberi alasan bahawa perkara itu terjadi tanpa dirancang.
Lelaki itu berkongsi perkara tersebut melalui laman forum Reddit dan mendapat pelbagai respond.
Tapi, kalau benda ni jadi dekat korang apa yang korang akan lakukan?
Sumber: MIRROR