Lelaki Sakit Tenat Lepas Makan Ketam Hidup Yang Sepit Anaknya

Seorang lelaki mengalami sakit tenat selepas dilaporkan memakan seekor ketam secara hidup kerana marah hidupan itu menyepit anak perempuannya.

lelaki sakit tenat lepas makan ketam hidup yang sepit anaknya

Lelaki itu dikatakan berang selepas mendengar anaknya menjerit kesakitan akibat disepit ketam tersebut ketika mereka berada dalam air.

 

Ekoran kejadian itu, lelaki yang dikenali sebagai Lu, 39, mengambil ketam berkenaan dan memakannya secara hidup sehingga habis.

 

Dua bulan selepas kejadian ini, Lu dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan sakit belakang yang kritikal sebelum dia disahkan mengalami penyakit penghadaman yang disebut sebagai ‘eosinophilic gastroenteritis’.

lelaki sakit tenat lepas makan ketam hidup yang sepit anaknya

Penyakit yang jarang berlaku ini menyebabkan perubahan patologi pada dada, perut, hati dan juga sistem penghadamannya.

 

Doktor kemudian menyiasat latar belakang Lu sebelum mendapat tahu dia pernah memakan ketam yang masih hidup beberapa bulan sebelumnya.

 

Ujian darah juga mendapati, Lu dijangkiti sekurangnya tiga parasit akibat daripada memakan ketam berkenaan.

 

Lelaki itu kini juga sudah semakin beransur pulih namun masih memerlukan rawatan susulan disebabkan jangkitan daripada memakan ketam hidup ini.

 

Sumber: Utusan