Seorang lelaki yang bekerja sebagai buruh binaan telah memotong lidahnya sendiri. Dia melakukan perkara tersebut kerana percaya tindakannya itu dapat mereka penularan COVID-19 di India.
Menurut laporan Times of India, perkara itu beraku di sebuah kuil yang terletak di Sui Gam, Gujerat. Lelaki yang dikenali sebagai Vivek Sharma itu telah ditemui oleh seorang sami dalam keadaan berlumuran darah.
Sebelum kejadian, dia telah keluar dari rumah untuk ke pasar bagi membeli barang dapur. Namun, selepas tidak pulang ke rumah, abangnya telah menghubunginya beberapa kali tetapi tidak berjawab.
Akhirnya selepas beberapa kali, seorang lelaki yang tak dikenali telah menjawab panggilan abangnya. Dia telah memaklumkan bahawa Vivek memotong lidahnya di sebuah kuil.
Pegawai polis yang berkhidmat, Sub Inspektor HD Parmar meyatakan, tindkan lelaki itu adalah untuk menggembirakan dewi dan juga menghentikan penularan pandemik itu.
"Siasatan mendapati, Vivek dikatakan menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung halaman beberapa hari yang lalu, namun gagal ekoran pelaksanaan perintah berkurung yang membataskan pergerakannya," katanya di sini pada Sabtu.
Pegawai polis itu turut memaklumkan, lelaki itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah. Lebih mengerikan apabila lidahnya berada pada tangan sami kuil berkenaan. Buat masa ini, lelaki yang berumur 24 tahun itu dimasukkan ke sebuah hospital dan mereka berusaha untuk mencantumkannya kembali.
Sumber: Astro Awani