Lelaki Minta Cerai Sejurus Perkahwinan Dalam Tempoh Sejam

Perkahwinan sememangnya merupakan suatu momen yang ditunggu-tunggu pasangan yang telah lama membina hubungan bersama.

lelaki minta cerai sejurus perkahwinan dalam tempoh sejam

Tapi, lain pula yang terjadi pada pasangan muda yang berasal dari Wilayah Yunnan, China ini, yang mana mereka memutuskan untuk bercerai hanya dalam tempoh sejam selepas melangsungkan perkahwinan mereka.

Memetik laporan Global Times, lelaki tersebut difahamkan ialah seorang pelajar sementara wanita itu pula ialah jururawat.

Lelaki tersebut mengemukakan perceraian buat kali pertama sejurus selepas mereka berdua berkahwin.

Dakwa lelaki itu, hubungan mereka sebenarnya telah pun putus sebelum perkahwinan terbabit dilangsungkan.

Tetapi wanita itu tidak dapat menerimanya dan terus menghujani dirinya dengan pesanan teks yang menganggu dirinya.

Kesemua pesanan teks itulah yang mendorong lelaki itu untuk membuat keputusan tergesa-gesa tanpa berfikir.

Wanita itu kemudian menuntut pampasan sebanyak RM193,610 daripada lelaki itu.

Dia menuduh bahawa lelaki tersebut sengaja mengkhianati perkahwinan mereka.

Kedua-dua mereka kemudian mengemukakan perceraian di mahkamah yang mana mahkamah mengatakan pihak lelaki gagal membuktikan hubungan mereka telah berakhir, oleh sebab itu, ia tidak menunaikan permintaan mereka untuk bercerai.

Kejadian tersebut mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet China yang mana ada yang mengatakan, perkahwinan seharusnya dihormati, dan bukan diperlakukan seperti permainan.

 

Sumber: [1]