Lelaki Maut Terperangkap Di Dalam Dinosaur

Seorang lelaki di menemui ajalnya, dipercayai setelah terperangkap di dalam patung dinosaur gergasi ketika cubaan untuk mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh.

lelaki maut 'dibaham' dinosaur

Kejadian tersebut berlaku di Catalonia.

“Seorang ayah dan anak lelaki menyedari bahawa ada sesuatu di dalam (patung dinosaur) dan menimbulkan syak wasangka,”

“Kami menjumpai mayat seorang lelaki di dalam kaki patung dinosaur ini. Ia adalah kematian yang tidak disengajakan; tiada keganasan. Lelaki tersebut masuk ke dalam bahagian kaki patung dan terperangkap. Seolah-olah dia sedang berusaha mendapatkan semula telefon bimbit yang dijatuhkannya. Sepertinya dia memasuki kepala patung terlebih dahulu dan tidak dapat keluar,” jelas jurucakap pihak polis kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, para pegawai polis telah memanggil anggota bomba untuk membantu memotong patung dinosaur tersebut sehingga mayat lelaki itu dapat dikeluarkan.

“Kami masih menunggu hasil autopsi, jadi kami tidak tahu berapa lama dia berada di sana, tetapi nampaknya dia ada di sana selama beberapa hari.”

Menurut media tempatan, lelaki tersebut dilaporkan hilang oleh keluarganya beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

 

Sumber: [1]