Ambil Ivermectin Tanpa Nasihat Doktor Jadi Punca Kemandulan Lelaki

Satu kajian daripada penyelidik di tiga universiti di Nigeria menunjukkan kesan negatif pada sistem pembiakan lelaki dengan pengambilan ubat Ivermectin.

ambil ivermectin tanpa nasihat doktor jadi punca kemandulan lelaki

Ivermectin telah menjadi pilihan ramai kononnya berkesan dalam mencegah COVID-19, meskipun tidak mempunyai data dan kajian lengkap mengenainya.

 

Menurut kajian itu, pengambilan Ivermectin tanpa nasihat daripada doktor dan pakar boleh menjejaskan jumlah penghasilan dan kualiti sperma lelaki.

 

Sebanyak 85 peratus daripada lelaki yang mempunyai sejarah pengambilan Ivermectin menjadi mandul atau menuju ke arah kemandulan.

 

“Terdapat penurunan yang signifikan dikesan dalam jumlah sperma lelaki yang pernah menggunakan ubat Ivermectin.

“Kami menjalankan kajian ini ke atas 385 individu yang mengalami penyakit buta sungai atau Onkosersiasis bagi mengenalpasti kesan Ivermectin pada penghasilan sperma mereka,” demikian menurut kajian tersebut.

 

Ivermectin adalah ubat anti-parasit yang diluluskan oleh FDA dan kebiasaannya digunakan untuk haiwan dan untuk merawat beberapa penyakit tropika termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases. Belum ada bukti yang betul-betul meyakinkan bagi mengesyorkan penggunaan Ivermectin untuk merawat dan mencegah COVID-19.

 

WHO setakat ini hanya mengesyorkan penggunaan Ivermectin dalam ujian klinikal, di mana pesakit perlu dipantau rapi oleh doktor pakar dan penyelidik yang berpengalaman untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.

 

Sumber: [1], [2]