Kajian Ini Jelaskan Sebab Lelaki Lebih Ramai Curang Berbanding Wanita

Satu kajian terbaru menunjukkan kaum lelaki lebih cenderung untuk berlaku curang dan tidak mudah setia jika dibandingkan dengan wanita.

kajian ini jelaskan sebab lelaki lebih ramai curang berbanding wanita

Memetik laporan akhbar The Sun UK, kajian yang dijalankan penyelidik dari Universidade da Coruna, Sepanyol menunjukkan lelaki umumnya tidak memiliki sifat empati, bersikap manipulatif dan ganas.

.

Kajian dijalankan dengan menyiasat bagaimana ciri personaliti gelap mempengaruhi hubungan intim golongan muda. Ia dijalankan keatas 308 peserta berumur antara 18 hingga 25 tahun mengenai kehidupan intim mereka, hubungan jangka panjang dan penggunan bahan lucah.

.

Penyelidik kemudian menilai apa yang dipanggil sebagai ciri keperibadian gelap dan pelepasan moral, bersama-sama 12 pemboleh ubah berbeza. Antaranya adalah manipulatif, narsisisme, psikopati, sadis, justifikasi moral, anjakan tanggungjawab, penyebaran tanggungjawab, tidak berperikemanusiaan dan atribusi menyalahkan.

.

Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai sisi gelap ada tahap personaliti rendah dan ketiadaan moral yang lebih tinggi berbanding wanita. Malah, kaum lelaki juga cenderung untuk tidak setia dalam hubungan jangka masa lama, mudah menjadi rambang mata dan mempunyai banyak pasangan seksual jika melancong.

.

Kajian itu merumuskan 6 personaliti yang perlu diberi perhatian.

1. Mereka yang mempunyai ciri-ciri personaliti gelap cenderung mendambakan kekaguman orang lain dan berkhayal tentang mempunyai kuasa tanpa had (narsisisme).
2. Mereka boleh kurang empati, manipulatif dan tidak berminat dengan perasaan orang lain (psikopati)
3. Mereka suka menyebabkan penderitaan kepada orang lain, termasuk di dalam bilik tidur (sadis)
4. Mereka yang sangat sinis (machiavellianism)

.

Semua ini memberi kesan kepada tingkah laku yang bukan sahaja termasuk penipuan, tetapi:
5. Cemburu
6. Keganasan

.

Penyelidik juga merumuskan ciri diatas antara sebab kenapa kebanyakkan lelaki kerap curang dan sukar mengawal diri.

.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Acta Psychologica, edisi May 2022.

kajian ini jelaskan sebab lelaki lebih ramai curang berbanding wanita

Sumber: [1], [2]