Kajian Dapati Lelaki Lawak Lebih Bahagia Dalam Hubungan Cinta

Satu kajian terbaru mendedahkan lelaki akan lebih bahagia bercinta sekiranya dianggap kelakar oleh pasangan.

kajian dapati lelaki lawak lebih bahagia dalam hubungan cinta

“Orang ramai menghargai sifat humor yang baik pada pasangan atau bakal pasangan mereka,” tulis penyelidik terlibat dalam kajian bernama ‘Adakah Mereka Sesuai Bersama Seperti Joker dan Harley Quinn?’ itu.

Kajian terbabit melibatkan sekumpulan 149 pasangan heteroseksual yang telah bersama selama purata tujuh tahun itu.

Ia mendapati dalam hubungan jangka panjang, lelaki lebih gemar berjenaka berbanding wanita serta menganggap lawak mereka lebih lucu.

“Keputusan menunjukkan bahawa lelaki lebih mudah menyesuaikan diri dengan wanita yang menghargai jenaka pasangan mereka, ” tulis penyelidik.


Sumber: Kosmo

ARTIKEL BERKAITAN