Lelaki Kena Sepakan ‘Ong Bak’ Akibat Mengurat Peninju Muay Thai

Ibarat buku bertemu ruas. Itu yang boleh disimpulkan selepas seorang lelaki dibelasah wanita selepas bertindak menuang minuman atas kepala wanita itu kerana berang ajakannya untuk mengenali wanita tersebut ditolak.

lelaki kena sepakan ‘ong bak’ akibat mengurat peninju muay thai

Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun tidak menyedari wanita yang diganggunya itu merupakan seorang peninju Muay Thai terkenal, Pareploy Saeaia.

 

Kejadian berlaku di Chainarong selepas lelaki tersebut cuba meminta nombor telefon wanita berusia 25 tahun itu ketika sedang makan di sebuah gerai tepi jalan di Bangkok, baru-baru ini.

 

Pareploy pada awalnya menolak dengan baik permintaan lelaki tersebut dan rakaman CCTV seterusnya menunjukkan lelaki berkenaan berjalan ke arahnya dan menuang minuman atas kepala Pareploy.

 

Berang dengan insiden itu, Pareploy bangun dari tempat duduknya dan menjerit “Lawan dengan aku jika engkau kuat sangat!”

lelaki kena sepakan ‘ong bak’ akibat mengurat peninju muay thai

Lelaki itu yang sedar tindakannya salah, cuba melarikan diri dengan berjalan ke arah motosikalnya, namun diekori Pareploy.

 

Kemarahan Pareploy memuncak apabila dia menendang perut dan badan lelaki tersebut sambil dia cuba ditenangkan rakan-rakannya.

lelaki kena sepakan ‘ong bak’ akibat mengurat peninju muay thai

Tak cukup dengan itu, lelaki itu juga sempat ditumbuk pada muka, sebelum dia beredar dari lokasi kejadian.

 

Insiden itu menyebabkan lelaki itu dipecat dari kerja serta perlu membayar denda sebanyak 1,000 bath (RM128).

Sumber: [1]