Pembeli Kecewa Tertipu Order iPhone Tapi Dapat Sabun

Baru-baru ini, syarikat pengeluar telefon pintar iPhone telah pun melancarkan siri model terbaharu mereka iaitu iPhone 13.

 

Disebalik keghairahan orang ramai untuk mendapatkan telefon pintar baharu ini, masih ada individu tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan membuat penipuan jualan peranti ini kepada orang ramai.

 

Kejadian berlaku di India baru-baru ini selepas seorang lelaki kecewa selepas ditipu ketika membeli iPhone yang ditempahnya secara dalam talian.

pembeli kecewa tertipu order iphone tapi dapat sabun

Menurut lelaki yang bernama Simranpal Singh itu, beliau sedar dirinya ditipu selepas membuka kotak peranti berkenaan yang dihamtar ke alamat rumahnya.

 

Bungkusan yang dinanti itu bagaimanapun memberi kekecewaan kepadanya apabila mendapati ia diisi dengan dua ketul sabun.

 

Bagaimanapun nasibnya agak baik selepas membuat aduan kepada laman pembelian atas talian itu dan menerima semula wang berjumlah RM2,922 yang dibayarnya sebelum ini.

Menurut Prof. Dr. Mohamad Rizal Abd Rahman, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terdapat beberapa ciri-ciri yang kita boleh lihat bagi menentukan ia adalah scammer jualbeli. Misalnya jenis dan cara pengiklanan yang dibuat pemangsa serta harga yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga sebenar.

 

Sumber: [1]