Lelaki ‘Kantoi’ Kumpul Lebih Dari 500 Basikal Curi Selepas Halaman Rumah Terpampang Di Google Earth

Akibat longgokan lebih 500 basikal yang tersimpan di halaman belakang rumahnya sehingga ia muncul di Google Earth, seorang lelaki di Oxfordshire, England disiasat oleh pihak berkuasa.

lelaki ‘kantoi’ kumpul lebih dari 500 basikal curi selepas halaman rumah terpampang di google earth

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan awal bulan ini selepas orang ramai di kawasan kejiranan tersebut mula mengadu bahawa halaman belakangnya yang dipenuhi basikal itu telah menjadi tempat pembiakan tikus.

Ketika pihak berkuasa singgah di rumah lelaki itu, mereka menjangkakan hanya untuk menemui beberapa buah basikal, namun sebaliknya yang berlaku yang mana timbunan basikal yang dikatakan melebihi 500 buah itu telah berkembang sejak lima tahun lalu sehingga boleh dikesan pada imejan satelit Google Earth.

“Sebilangan besar basikal dipercayai dicuri berjaya dikesan dalam penemuan itu. Pegawai sedang dalam proses mengenal pasti pemilikan basikal ini,” kata jurucakap polis baru-baru ini kepada pemberita.

Ketika berita mengenai timbunan basikal gergasi itu tular di media sosial, ramai yang tertanya-tanya bagaimana lelaki berusia 54 tahun itu boleh mengumpulkan basikal sebanyak itu tanpa menimbulkan syak wasangka daripada jiran.

“Adakah jiran-jirannya tidak fikir ia sesuatu yang pelik?” tanya seorang wargamaya.

Lelaki itu, yang namanya tidak didedahkan, dikatakan telah dibebaskan, tetapi siasatan masih dijalankan.

Sehingga kini, masih belum jelas sekiranya kesemua basikal itu dicuri seperti yang difikirkan pada asalnya atau lelaki itu hanya menyoroknya.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN