Minggu lalu, kecoh di media sosial China selepas negara itu memperkenalkan ujian calitan dari dubur, yang dikatakan memberikan keputusan lebih tepat.
Meskipun ujian tersebut hanya diberikan kepada mereka yang berisiko dan khusus buat penduduk negara China, ia nyata memberi pelbagai pandangan berbeza dari orang ramai terhadap cara ujian itu dijalankan.
Terbaharu, tular video menunjukkan orang ramai yang menjalani ujian berkenaan berjalan terkedek-kedek di sebuah premis kesihatan dekat bandar Shijiazhuang, Hebei di utara China.
Rakaman video itu mendapat jutaan tontonan di media sosial China, sebelum ia ditapis oleh pemerintah bagi mengelakkan penduduk China menjadi takut untuk menjalani ujian calitan tersebut.
Sumber: Kosmo!