Lelaki Ini Sanggup Redah Lebih 8,000KM Demi Nasi Lemak

Seorang Youtuber dari Greece, Darren Cronian sanggup terbang ke Malaysia demi menikmati hidangan ikonik negara iaitu nasi lemak.

lelaki ini sanggup redah lebih 8,000 demi nasi lemak

Pertama kali menikmati nasi lemak pada 5 tahun yang lepas ketika dia bercuti di Malaysia. Sejak itu, dia mula jatuh cinta dengan nasi lemak.

Tak boleh berhenti berfikir tentang nasi lemak sejak melihat gambar makanan itu di timeline Instagram miliknya.

Jadi dia memutuskan untuk 'terbang' beribu batu demi nasi lemak.

Tengok ni.

Menerusi Twitter miliknya, theremotehive dia meminta bantuan orang Malaysia untuk mencadangkan lokasi street food terbaik di sini.

Selain food hunting, Darren merancang melawat tempat-tempat menarik di sini.