Akibat Tunjuk Wajah Gembira, Lelaki Sesat Nyaris Kena Tinggal

Akibat menunjukkan wajah gembira, seorang lelaki yang tersesat dalam kawasan hutan nyaris ditinggalkan pasukan penyelamat.

akibat tunjuk wajah gembira, lelaki sesat nyaris kena tinggal

Kejadian berlaku pada 14 September lalu selepas seorang lelaki dilaporkan hilang dari kawasan perkhemahan dan ia disedari rakannya tidak lama kemudian.

 

Satu laporan dibuat lalu pasukan penyelamat darat dan helikopter dikerahkan ke lokasi bagi membuat pencarian dalam hutan tebal dan kawasan berpaya.

 

Menurut laporan, juruterbang helikopter Blackhawk telah menghantar isyarat mereka mempunyai subjek yang hampir sepadan dengan orang hilang, namun tidak pasti kerana beg galasnya berwarna lain.

 

Juruterbang helikopter itu pada mulanya terlihat seseorang dibawah sedang melambai-lambai kegembiraan. Disebabkan itu, juruterbang meneruskan pencarian kerana lelaki yang melambai kegembiraan itu kelihatan seperti bukan mangsa yang dicari.

 

Menurut pakar survival, jika kita memerlukan bantuan dalam proses menyelamat, kita perlu mengangkat kedua-dua tangan di atas kepala dan cara itu telah diterima pakai di peringkat antarabangsa.

 

Namun jika kita mengangkat satu tangan ke udara dan satu tangan menunjuk ke tanah, itu tanda kita tidak memerlukan bantuan.

 

Selang beberapa ketika, pasukan penyelamat darat telah menemui lelaki itu dan membawanya ke tempat selamat. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan keletihan, dehidrasi dan kesejukan.

 

Bagaimanapun tindakan mangsa yang berhenti rehat pada waktu malam dan bergerak keluar mencari bantuan pada waktu pagi mendapat pujian pasukan mencari dan menyelamat. Ujar pasukan menyelamat lagi, alat seperti peta, kompas dan alat pengesan lokasi (GPS) adalah penting untuk dibawa ketika memasuki hutan tebal.

 

 

Sumber: HMetro

 

ARTIKEL BERKAITAN