Lelaki Ini Dibayar Untuk Ambil 10 Suntikan Vaksin Sehari Bagi Orang Lain

Seorang lelaki di New Zealand kini sedang disiasat atas dakwaan menerima 10 dos suntikan vaksin COVID-19 dalam masa sehari bagi pihak orang lain.

lelaki ini dibayar untuk ambil 10 suntikan vaksin sehari bagi orang lain

Menurut pihak berkuasa New Zealand, dalam masa sehari lelaki itu dibayar untuk menerima 10 dos suntikan vaksin bagi mewakili pihak orang lain.

 

“Kami sangat prihatin dengan situasi ini dan sedang bekerjasama dengan agensi yang berkaitan,” kata Pengurus Operasi Kumpulan untuk vaksin COVID-19 dan program imunisasi di New Zealand, Astrid Koornneef.

 

Pihaknya juga menyedari perkara itu dan menganggap kejadian ini amat serius.

 

Seorang pakar vaksin, Prof Madya Helen Petousis-Harris berkata tindakan lelaki itu sangat mementingkan diri sendiri dan boleh menyebabkan kemudaratan serius terhadap orang yang tidak diberi vaksin kerana mereka mungkin boleh menyebarkan virus tersebut.

 

Menurut beliau, lelaki yang menerima 10 dos vaksin itu mungkin tidak mengalami sebarang kesan yang serius namun berkemungkinan berasa tidak sihat pada hari berikutnya akibat tindak balas imun.

 

Difahamkan lelaki itu telah melawat beberapa pusat vaksinasi dan dibayar untuk suntikan itu.

 

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN