Lelaki Bercakap Kuat Atau Menyanyi Lebih Mudah Sebarkan Virus COVID-19

Satu kajian oleh Universiti Negeri Colorado mendapati lelaki yang bercakap dengan nada suara yang kuat lebih mudah menyebarkan virus COVID-19 kepada individu lain.

lelaki bercakap kuat atau menyanyi lebih mudah sebarkan virus covid-19

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Enviromental Science and Technology Letters itu meneliti pelepasan wap pernafaan daripada individu sihat ketika bercakap dan menyanyi dalam persekitaran makmal yang terkawal.

 

Hasil kajian menunjukkan aktiviti menyanyi boleh menghasilkan 77 peratus lebih wap pernafasan daripada bercakap, orang dewasa menghasilkan 62 peratus lebih aerosol daripada kanak-kanak dan lelaki menghasilkan 34 peratus lebih aerosol berbanding wanita.

lelaki bercakap kuat atau menyanyi lebih mudah sebarkan virus covid-19

Kesimpulannya, semakin kuat seseorang itu bercakap, semakin banyak aerosol yang dikeluarkan menyebabkan virus COVID-19 lebih mudah merebak.

 

Sumber: [1]