Lelaki Ambil Masa 108 Hari Untuk Luahkan ‘I Love You’ - Kajian

Satu kajian antarabangsa mendapati kaum lelaki lebih mudah meluahkan kata cinta seperti ‘I love you’ berbanding wanita.

lelaki ambil masa 108 hari untuk luahkan ‘i love you’ - kajian

Kajian itu juga mendapati lelaki membuat pengakuan dengan meluahkan perasaan mereka dalam masa purata 108 hari perkenalan, berbanding wanita yang mengambil masa selama 123 hari.

 

Tambah lagi, lelaki dari enam buah negara didapati lebih mudah meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu kepada pasangan masing-masing, iaitu dari Australia, Brazil, Chile, Colombia, Poland dan Britain.

 

Manakala lelaki dan wanita di Perancis pula masing-masing sama-sama menjadi pertama meluahkan perasaan.

 

Seramai 1,092 responden wanita dan 336 lelaki disoal mengenai hubungan cinta mereka menerusi penyelidikan Universiti Abertay yang diketuai oleh Dr. Christopher Watkins.

 

Responden disoal sama ada mereka yang memulakan langkah pertama untuk meluahkan perasaan, tempoh masa untuk mereka memberanikan diri bagi meluahkan perasaan dan respons yang diterima daripada pasangan.

 

Hasil kajian juga mendapati lelaki cenderung untuk berfikir bahawa mereka sedang dilamun cinta, iaitu kira-kira 70 hari dalam hubungan baharu, yang mana seminggi lebih awal berbanding wanita.

 

Mereka kemudian mengambil masa selama sebulan untuk mendapatkan keberanian bagi mengungkapkan kata-kata ‘I love you’.

 

Bagaimana pula dengan anda?

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN