Lebih Bernilai Dari Emas, Betul Ke Beli Lego Boleh Jadi Aset Pelaburan?

Lego ialah sejenis alat permainan bongkah plastik kecil yang terkenal di dunia khususnya bagi golongan kanak-kanak atau remaja tidak kira lelaki ataupun perempuan. Kepingan Lego boleh disusun menjadi apa-apa model seperti rumah, kereta, bangunan, kota dan lain-lain.

lebih bernilai dari emas, betul ke beli lego boleh jadi aset pelaburan?

Namun siapa sangka, koleksi Lego ini dikatakan boleh menjadi aset pelaburan yang menguntungkan, malah lebih bernilai daripada emas, karya seni dan sekuriti kewangan?

 

Menurut laporan Daily Mail, satu kajian menunjukkan pasaran sekunder bagi set Lego lama meningkat sebanyak 11 peratus setiap tahun, lebih cepat berbanding emas. Malah, set lego lama pernah meningkat ketika krisis kewangan 2008 yang lalu.

lebih bernilai dari emas, betul ke beli lego boleh jadi aset pelaburan?

Pasukan penyelidik berkata, antara sebab set Lego lama mempunyai nilai tinggi adalah kuantitinya yang terhad, populariti permainan  itu selama beberapa dekad dan kurangnya set lama yang dijual semula.

lebih bernilai dari emas, betul ke beli lego boleh jadi aset pelaburan?

Dalam kajian yang dijalankan oleh Higher School of Economics University (HSE) di Rusia, pakar menilai harga membabitkan 2,322 set Lego dari tahun 1987 hingga 2015.

 

Antara koleksi Lego paling mahal adalah Star Wars’ Millennium Falcon, Death Star II dan Imperial Star Destroyer serta model bangunan Taj Mahal. Model anak patung Barbie, figura mini watak adiwira atau model kereta dan kereta api turut menjadi barangan dicari oleh pengumpul permainan Lego.

lebih bernilai dari emas, betul ke beli lego boleh jadi aset pelaburan?

“Pelabur yang mempunyai Lego menjana pulangan tinggi daripada menjual semula set yang masih dalam keadaan baik terutamanya edisi terhad atau set yang lama.

“Set permainan dihasilkan 20 atau 30 tahun lalu membuatkan peminat Lego rasa nostalgia. Malah, harga itu mampu melangkau lebih tinggi,” kata Victoria Dobrynskaya dari HSE. 

 

Kajian mengenai Lego ini boleh diakses menerusi Research in International Business and Finance.

 

Sumber: [1]