Lee Seung Gi Umum Bakal Kahwini Lee Dain Tidak Lama Lagi!

Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Seung Gi secara rasmi telah mengumumkan perkahwinannya dengan kekasih hati yang juga pelakon iaitu Lee Da In. 

Sebentar tadi, pelakon drama Vagabond itu telah menulis surat untuk peminatnya dan mengumumkan bahawa dia akan berkahwin dengan teman wanitanya selama tiga tahun itu. 

Dalam surat tulisan tangannya, Lee Seung Gi menyatakan bahawa "Ini adalah keputusan paling penting dalam hidup saya," 

 

Dia juga berharap agar peminat terus menyokong kehidupan baharunya bersama pasangan pilihan hatinya.

lee seung gi umum bakal kahwini lee dain tidak lama lagi!