Jika anda peminat setia rancangan “Running Man”, pasti anda tahu akan keserasian serta hubungan rapat Yoo Jae-suk dan Lee Kwang-soo.
Pengacara no.1 Korea itu pasti tidak lekang menyebut mengenai “Zirafah” kesayangannya, sama seperti dalam episod terbaharu “Pinggyego” dalam saluran Youtube “DdeunDdeun”.
Ketika sedang bersembang mengenai profil pelakon Yoo Yeon-seok, Jae-suk teringat bahawa dia berada dibawah satu agensi yang sama;
“Oh, awak dalam agensi Lee Kwang Soo”
Tae-hyun yang hadir sebagai tetamu menafikannya sambil berkata;
“Bukan agensi Lee Kwang-soo, ia adalah agensi Yoo Yeon-seok. Apa yang dia popular sangat sampai nak gelar ia sebagai ‘agensi Lee Kwang-soo’.
“Saya merupakan antara pelakon awal di situ,”
Dalam perbualan lain lain, mereka bersembang mengenai personaliti Yeon-seok yang banyak bercakap tidak seperti imej dibawanya. Jae-suk kemudian bercakap mengenai Lee Kwang-soo:
“Lee Kwang-soo tak kelakar, tapi dia pandai melawak dengan badannya.”
Tambahnya lagi, lelaki tinggi lampai itu sangat seronok mengusik mengenai umurnya ketika mereka sama-sama muncul dalam sebuah program baru-baru ini.
Nampaknya Lee Kwang-soo memang sentiasa akan menjadi bahan usikan rakan-rakannya.
Sumber: Youtube / Kimchi Daily