Lee Joon Gi Dedah Ending Scarlet Heart Ryeo Yang Tak Ditayangkan, Ingin Musim Kedua

Pelakon Korea, Lee Joon Gi mengimbas kembali salah satu drama popular yang pernah dilakonkannya, Scarlet Heart: Goryeo.

lee joon gi dedah ending scarlet heart ryeo yang tak ditayangkan, ingin musim kedua

Baru-baru, Lee Joon Gi muncul sebagai tetamu jemputan dalam program TV MMTG.

Ketika program tersebut, hos JaeJae sempat mengusik Lee mengenai musim kedua drama tersebut yang telah lama diingini para peminat, “Saya juga berharap ada musim kedua. Kami sering bercakap tentang itu.”

Lee kemudian mendedahkan mengenai pengakhiran drama tersebut yang tidak pernah ditayangkan.

“Kami merakam adegan yang mana Wang So dan Hae Soo bertemu semula. Dia mendekatinya dalam sut sebagai orang asing dan menghulurkan sapu tangan. Apabila dia memandangnya, dia berdiri di sana seperti orang yang tidak tahu apa-apa tentang perkara yang terjadi di Goryeo. 

“Dia hanya tersenyum dan berpaling. Kemudian saya rasa Hae Soo memanggilnya dan dia menoleh ke belakang. Saya rasa dia tersenyum kepadanya,” dedah Lee.

“Saya percaya pengarah itu berada dalam dilema sehingga ke penghujungnya. Patutkah kita pergi kepada pengakhiran yang lebih mendalam dan menyakitkan, atau perlukan kita pergi kepada pengakhiran yang memberikan perasaan harapan? Mana-mana pun yang dia pilih, saya rasa tetap akan ada unsur penyesalan.

“Saya rasa dia fikir adalah baik jika ia meninggalkan kesan yang lebih pedih. Secara jujur, saya fikir ia akan dimasukkan ke dalam DVD, tetapi ia telah disekat,” tambahnya.

Pelakon berusia 39 tahun itu juga sempat bergurau bahawa dia suka melihat peminatnya ‘sedih’ atas hasil lakonannya dalam drama itu.

“Saya suka apabila peminat saya sedih. Jadi saya tidak akan menunjukkan ini kepada mereka!”

Scarlet Heart Ryeo merupakan sebuah drama Korea yang dikeluarkan pada 2016 dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Lee Joon Gi, IU, Kang Ha Neul, Nam Joo Hyuk dan Baekhyun EXO.

 

Sumber: [1]