Gara-Gara Tak Pakai Seatbelt, Lebih Ramai Wanita Hamil Kemalangan Kereta

Pemakaian tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan adalah satu kemestian kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

lebih ramai wanita hamil kemalangan kereta berbanding yang tidak

Banyak contoh kecederaan teruk yang dilaporkan oleh mangsa akibat tidak memakai tali pinggang keledar. Misalnya, kepada golongan ibu mengandung.

 

Meskipun pemakaian tali pinggang keledar menyebabkan ketidakselesaan kepada ibu mengandung, ia adalah komponen wajib yang perlu dipatuhi golongan ini.

lebih ramai wanita hamil kemalangan kereta berbanding yang tidak

Memetik perkongsian Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Imelda Balchin, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pemandu wanita yang hamil lebih berisiko mengalami kemalangan jalan raya berbanding wanita tidak hamil.

 

Hasil penyelidikan menunjukkan secara purata kemalangan sebelum hamil adalah 4.6 kes daripada 1,000 wanita, manakala 7.7 kes kemalangan daripada 1,000 wanita berlaku ketika trimester kedua.

lebih ramai wanita hamil kemalangan kereta berbanding yang tidak

Ujarnya, kemalangan tersebut mungkin disebabkan wanita hamil mempunyai masalah seperti loya, keletihan, tidak cukup tidur atau tidak selesa.

 

“Punca-punca itu menyebabkan wanita hamil mempunyai tindak balas yang lebih lambat untuk mengelakkan kemalangan.

“Oleh itu, penting untuk melindungi wanita hamil dengan memberi maklumat untuk memakai tali pinggang keledar ketika memandu waima menjadi penumpang sekalipun,” jelasnya.

 

Pemakaian tali pinggang keledar juga dapat menyelamatkan wanita hamil daripada tercampak keluar dari kereta atau mengalami dashboard injury.

 

Bagi mengelakkan tali pinggang keledar ini menekan rahim saat kereta tiba-tiba berhenti, terdapat kaedah yang betul untuk memakai peralatan berkenaan.

 

i. Cara pertama

- Tali pinggang bahagian atas hendaklah berada di antara payudara ibu hamil dan kemudian tarik ke tepi rahim.

- Pastikan ia tidak menekan hadapan rahim, tetapi dibawa ke tepi rahim.

- Ia bertujuan menghentikan dada ibu hamil daripada terhumban ke hadapan.

 

ii. Cara kedua

- Tali pinggang di bahagian bawah hendaklah berada di bawah rahim ibu hamil dan menyentuh pehanya.

- Pastikan ia tidak menekan rahim di bahagian hadapan.

- Ia bertujuan menghentikan pinggul ibu hamil daripada terhumban ke hadapan.

 

Beliau berkata, ibu hamil juga boleh membeli pencangkuk tali pinggang bagi memastikan tali pinggang di bahagian bawah ditarik oleh satu pencangkuk di celah kedua-dua peha. (rujuk gambar)

lebih ramai wanita hamil kemalangan kereta berbanding yang tidak

lebih ramai wanita hamil kemalangan kereta berbanding yang tidak

Selain itu, ada petua lain buat ibu mengandung yang memandu kereta, iaitu:

i. Pastikan tidak terlalu letih, mengantuk dan loya untuk memandu kereta. Jaga keselamatan diri dan kandungan. Elakkan memandu jika tidak boleh menumpukan perhatian kepada jalan raya.

ii. Elak memandu kereta bersendirian ke hospital jika sudah merasa kesakitan untuk melahirkan. Jika suami atau ahli keluarga yang lain tiada, lebih selamat jika meminta bantuan jiran, kawan-kawan atau menghubungi ambulans.

iii. Jarakkan kedudukan kerusi dengan stereng kereta jika berasa tidak selesa.

 

Sumber: [1]