Lebih 80 Peratus Remaja Selesai Terima Satu Dos Vaksin, Malaysia Antara Negara Terpantas

Sebanyak 80.2 peratus daripada keseluruhan populasi remaja dilaporkan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Khamis lalu.

lebih 80 peratus remaja selesai terima satu dos vaksin, malaysia antara negara terpantas

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kadar vaksinasi itu dicapai hanya dalam tempoh kurang dua bulan.

Ia sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara terpantas dalam pemberian vaksin kepada remaja.

Berdasarkan portal COVIDNOW, seramai 2,524,156 yang bersamaan dengan 80.2 peratus daripada populasi dewasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu vaksin COVID-19.

Sementara 1,367,216 atau 43.4 peratus lagi telah lengkap dua dos.

Setakat Khamis lalu, jumlah pemberian vaksin terhadap keseluruhan populasi remaja direkodkan pada 3,891,372.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN