Lebih 70 Peratus Rakyat Malaysia Dah Lengkap Vaksin

Sebanyak 73.2 peratus bersamaan dengan 23.906 juta individu di Malaysia telah lengkap vaksin setakat 25 Oktober semalam.

lebih 70 peratus rakyat malaysia dah lengkap vaksin

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 77.7 peratus atau 25.388 juta daripada populasi negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 94.7 peratus atau 22.166 juta individu telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, sebanyak 97.5 peratus atau 22.822 juta individu daripada populasi sama pula telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, sebanyak 55.3 peratus atau 1.739 juta individu daripada populasi remaja dilaporkan telah melengkap dua dos suntikan vaksin.

 

Sumber: [1]