Lebih 60% Daripada Kes COVID-19 Yang Dilaporkan Tiada Sejarah Vaksinasi & Tidak Lengkap Vaksin

Sebanyak 13,519 kes daripada jumlah keseluruhan angka positif COVID-19, 20,396 yang dicatatkan semalam dilaporkan tidak mempunyai sebarang sejarah vaksinasi atau kes lengkap vaksin COVID-19.

lebih 60% daripada kes covid-19 yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi & tidak lengkap vaksin

Perkara tersebut didedahkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan yang turut menjelaskan bahawa individu tidak lengkap vaksin terdiri daripada mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau dua dos tetapi tidak melebihi 14 hari dari tarikh dos kedua.

“Sebanyak 6,877 kes atau 33.7 peratus pula mempunyai sejarah vaksinasi lengkap, dengan 6,795 daripadanya berada pada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua bergejala ringan.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk,” jelasnya.

Sebagai tambahan, daripada 322 kes kategori tiga (bergejala) hingga kategori lima (bergejala kritikal), 240 kes atau 74.5 peratus terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) terdiri daripada mereka yang telah lengkap divaksin.

Dalam pada itu, jelas Dr Noor Hisham lagi, negara kini berhadapan dengan 255,789 kes aktif dengan 1,338 daripada memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Semalam, negara melaporkan sebanyak 37 kluster baru dengan 21 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu di pusat tahanan.

Jumlah tersebut menjadikan kluster aktif kini 1,457.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN