Menurut data Johns Hopkins University, sejumlah lebih 2.34 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftarkan atau disuntuk di seluruh dunia sehingga Sabtu.
Ia melibatkan 6.2 peratus populasi di dunia dengan China mendahului dos vaksin sebanyak 878,523,000 dos yang sudah didaftarkan.
Amerika Syarikat mengikuti sebagai negara kedua terbanyak menerima vaksin iaitu sebanyak 308,940,930 dos, kemudian India sebanyak 253,195,048 dos.
United Kingdom dan Brazil juga sudah mencatat lebih 70 juta dos vaksin yang diberikan, diikuti Jerman (60 juta dos), Perancis (44 juta dos) dan Itali (42 juta dos).
Manakala di Asia Tenggara, Indonesia terus mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 31,603,325, jauh meninggalkan negara lain. Filipina berada di kedudukan kedua dengan 6,314,548 dos didaftarkan, diikuti Thailand dengan 5,975,070 dos, Singapura, 4,392,067 dos dan Malaysia, 4,227,554 dos.
Sumber: Astro Awani