Lebih 4,000 Maut Dalam Bencana Gempa Bumi Turkiye dan Syria

Lebih 4,300 individu dilaporkan terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria awal Isnin.

lebih 4,000 maut dalam bencana gempa bumi turkiye dan syria

Kejadian itu juga telah menyebabkan beribu-ribu bangunan runtuh di kedua-dua negara dan lebih daripada 4 juta penduduk kini bergantung harap kepada bantuan kemanusiaan.

 

Setakat artikel ini ditulis, sebanyak 4,372 kematian disahkan selepas kejadian gempa bumi berukuran 7.8 magnitud mengegarkan Turkiye dan Syria awal pagi Isnin.

lebih 4,000 maut dalam bencana gempa bumi turkiye dan syria

Jumlah korban Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa, menurut Yunus Sezer, ketua perkhidmatan bencana Turkiye. Manakala di Syria, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan oleh pegawai.

 

Gempa tersebut antara yang paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun, melanda 23-kilometer timur Nurdagi, di wilayah Gaziantep dekat Turkiye, pada kedalaman 24.1-kilometer, kata Tinjauan Geologi AS.

 

Sumber: CNN