Lebih 200k Penduduk Pahang Yang Layak Terima Vaksin Masih Belum Daftar

Kira-kira 20% penduduk Pahang yang bersamaan dengan lebih 235,000 orang dilaporkan masih belum mendaftar di aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan vaksinasi walaupun mereka layak untuk menerimanya.

lebih 200k penduduk pahang yang layak terima vaksin masih belum daftar

Susulan itu, mereka disarankan mendaftar segera bagi membolehkan negeri terbabit mencapai imuniti kelompok lebih pantas.

Menurut Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus, suntikan vaksin merupakan salah satu ikhtiar dalam mengawal COVID-19.

Tambahnya, hingga 29 Ogos, lebih 50% golongan dewasa di Pahang telah menerima dua dos vaksin.

“Pahang hari ini merekodkan sebanyak 839 kes baharu, angka yang agak tinggi, namun jika kita lihat trend kumulatif mingguan dan purata seminggu kes harian, kita dapati ada menunjukkan penurunan.

“Trend penurunan ini pertama kali dilihat dalam tempoh sembilan minggu dan berlaku sering dengan peningkatan liputan vaksinasi di Pahang,” terangnya.

Terdahulu, Pahang menyasarkan kira-kira 80% populasinya menerima vaksin lengkap menjelang hujung Oktober ini, iaitu sebelum musim tengkujuh bermula.

 

Sumber: [1]