Dah Sebulan Berperang, Lebih 10,000 Rakyat Palestin Maut Akibat Kekejaman Rejim Zionis

Selepas 30 hari bumi Gaza dibedil tanpa henti oleh pendatang haram Israel, kini jumlah kematian sudah pun melebihi angka 10,000 mangsa.

dah sebulan berperang, lebih 10,000 rakyat palestin maut akibat kekejaman rejim zionis

Peperangan yang berlaku sejak 7 Oktober lalu dilihat bagaikan tiada titik noktah, meskipun dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim Israel itu.

 

Dalam satu kenyataan pada hari Isnin, Kementerian Kesihatan Gaza berkata angka kematian telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 10,022 rakyat Palestin, termasuk 4,104 kanak-kanak, dengan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

dah sebulan berperang, lebih 10,000 rakyat palestin maut akibat kekejaman rejim zionis

Lebih membimbangkan, akses kepada barangan asas seperti makanan, elektrik dan bahan api juga disekat untuk sampai kepada mereka yang masih mempertahankan bumi Palestin ketika ini.

 

“Jumlah kematian dijangka meningkat kerana sekurang-kurangnya 2,000 orang masih berada di bawah runtuhan.

“Masalahnya, dengan kekurangan peralatan dan jentera, pasukan penyelamat di darat tidak dapat mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan,” demikian menurut wartawan Al Jazeera, Hani Mahmoud yang melaporkan dari Khan Younis di selatan Gaza.

dah sebulan berperang, lebih 10,000 rakyat palestin maut akibat kekejaman rejim zionis

Jumlah mereka yang cedera sejak pengeboman bermula pada 7 Oktober telah meningkat kepada 25,408, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, sambil menambah bahawa Israel telah melakukan 18 serangan dalam beberapa jam yang lalu hingga membunuh 252 orang.

 

"Berapa banyak lagi kematian yang diperlukan untuk serangan ini ditamatkan? 50,000, 100,000?

“Ketika kami menyaksikan rumah, hospital dan sekolah kami menjadi runtuhan, kami menjerit meminta secebis manusia daripada pemimpin dunia,” kata Fikr Shalltoot, pengarah Medical Aid for Palestinian.

dah sebulan berperang, lebih 10,000 rakyat palestin maut akibat kekejaman rejim zionis

Israel dalam pada itu juga telah berjanji untuk menghapuskan pejuang Hamas, yang melakukan serangan ke atas Israel selatan pada 7 Oktober, meskipun keadaan kemanusiaan di Gaza telah mencapai tahap kritikal di bawah pengeboman berterusan Israel.

 

Sumber: Al-Jazeera