LDP, MEX Antara 11 Lebuhraya Bakal Laksana Sistem Pembayaran Terbuka Tol

Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi antara lima lagi lebuhraya yang bersetuju mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka tol yang akan dimulakan pada pertengahan September ini.

ldp, mex antara 11 lebuhraya bakal laksana sistem pembayaran terbuka tol

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sambil menyenaraikan tiga lagi lebuhraya iaitu Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Terowong SMART.

 

"Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, sistem pembayaran terbuka ini akan dilaksanakan secara berfasa melibatkan pelbagai syarikat konsesi lebuh raya.

"Rundingan seumpama ini merupakan usaha berterusan kementerian dan perlu diadakan bagi memastikan pelaksanaan sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dapat dijayakan," katanya menerusi Facebook.

ldp, mex antara 11 lebuhraya bakal laksana sistem pembayaran terbuka tol

Lima lebuhraya ini akan bersama enam lagi lebuhraya termasuk Lebuhraya Butterworth-Kulim seperti yang diumumkan oleh pihak PLUS, yang akan melaksanakan 'open payment system' atau sistem pembayaran terbuka tol di lebuh raya masing-masing bagi memberikan pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna.

 

Tambah lagi, Lebuhraya Sungai Besi telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan pembuktian konsep (POC) Multi Lane Fast Flow yang pertama, sebelum ia diperluas kepada lokasi lain.

 

Sumber: Astro AWANI / FB Alexander Nanta Linggi