Lay EXO Sah Tinggalkan SM Entertainment

Anggota kumpulan K-Pop popular, Lay EXO dilaporkan telah keluar dari SM Entertainment.

lay exo sah tinggalkan sm entertainment

Pada 8 April, ulang tahun ke-10 EXO, Lay menyiarkan surat tulisan tangan dalam bahasa Inggeris dan Korea yang mengumumkan pemergiannya dari SM Entertainment.

Dalam surat tersebut, penyanyi berusia 30 tahun itu menzahirkan rasa terima kasihnya terhadap semua anggota EXO dan SM Entertainment serta peminatnya.

“Saya akan sentiasa menjadi Lay apabila ahli saya memerlukan saya,” coret Lay.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN