Timbul Khabar Angin Bercinta Dengan Putera Dubai, Laudya Cynthia Bella Akhirnya Buka Mulut

Kecoh di media sosial mengenai selebriti Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta dengan Puteri Dubai.

timbul khabar angin bercinta dengan putera dubai, laudya cynthia bella akhirnya buka mulut

Enggan isu tersebut terus berkembang sehingga menjadi fitnah, Bella akhirnya tampil memberi penjelasan. Menerusi pengurusnya, Rita, bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan itu menafikannya.

“Maaf kalau berita itu tidak benar, Cik. Semoga kita semua terhindar dari fitnah, ya,” kata Rita kepada media tempatan.

Isu mengenai Bella yang kononnya telah berkahwin secara rasmi dengan Puteri Dubai mula tular sekitar beberapa bulan lalu. 

Orang ramai di media sosial kemudian hangat membincangkan dan bermain dengan teka-teki sekiranya bekas isteri kepada Engku Emran itu telah menemui pengganti baru.

 

Sumber: Suara

ARTIKEL BERKAITAN