Lapangan Terbang Dublin Terima Lebih Dari 12 Ribu ‘Complain’ Berkenaan Bunyi Bising Hanya Dari Seorang Penduduk Ini Saja

Seorang individu yang tidak dikenali bertanggungjawab ke aas lebih 90 peratus aduan bunyi yang diterima oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin tahun lepas, iaitu 12,272 atau purata 34 aduan setiap hari.

lapangan terbang dublin terima lebih dari 12 ribu ‘complain’ berkenaan bunyi bising hanya dari seorang penduduk ini saja

2021 mungkin bukan tahun terbaik dalam rekod lapangan terbang disebabkan oleh wabak COVID-19, yang mana Lapangan Terbang Dublin turut tidak terkecuali.

Tetapi ia tidak menghalang individu tidak dikenali ini daripada membuat aduan bunyi bising mengenai penerbangan yang mendarat atau berlepas dari lapangan terbang terbabit.

Malah, individu sama berjaya menggandakan jumlah aduan bunyi yang dibuat pada 2020, iaitu 6,227 daripadanya, walaupun trafik kapal terbang hanya meningkat sekitar 10 peratus daripada tahun sebelumnya, kerana sekatan wabak.

Pengadu tidak dikenali, yang dilaporkan tinggal di Ongar, barat laut Dublin, nampaknya bertanggungjawab terhadap sebahagian besar peningkatan mendadak aduan bunyi yang diterima Lapangan Terbang Dublin sejak 2019.

Sejak tiga tahun lalu, lapangan terbang itu menerima kira-kira 1,500 aduan setahun tetapi pada 2021, jumlah melonjak kepada 13,569.

Tanpa panggilan yang dibuat oleh pengadu bersiri misteri ini, lapangan terbang terbabit hanya menerima 1,296 panggilan.

Menurut Irish Independent, setakat tahun ini sahaja, individu sama telah membuat 5,276 aduan daripada sejumlah 5,573 aduan yang direkodkan Lapangan Terbang Dublin dalam tiga bulan pertama tahun ini, dengan purata sebanyak 59 aduan dilakukan pada setiap hari.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN