Langgar SOP Rentas Negeri, 4839 Kenderaan Diarah Patah Balik!

Sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuklah atas alasan untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha diarah berpatah balik pada Jumaat lalu.

langgar sop rentas negeri, 4839 kenderaan diarah patah balik!

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, angka tersebut merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.

“Anggota dan petugas keselamatan negara diarah bersiap-sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran termasuk untuk pulang ke kampung menjelang sambut Aidiladha dua hari lagi.

“Semalam (Sabtu), PDRM melaporkan sebanyak 381,952 kenderaan telah diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) seluruh negara.

“Untuk rekod, jumlah bilangan kenderaan diarahkan berpatah balik paling tinggi dicatatkan pada 16 Julai (Jumaat), iaitu sebanyak 4,839 sejak PPN dilaksanakan,” jelasnya.

Lanjutnya, lonjakan kes harian COVID-19 berserta kluster yang dicetuskan akibat pergerakan rentas negeri dan ziarah pada Aidilfitri lalu sepatutnya dijadikan pengajaran oleh semua pihak.

Ujarnya lagi, orang ramai seharusnya tidak mengambil ringan terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam usaha mencegah penularan wabak COVID-19.

 

Sumber: [1]